Pasca kemenangan PH pada PRU14 lalu telah didakwa pembangkang hasil daripada manipulasi, pembohongan dan fitnah. Sejak hari pertama kekalahan kerajaan BN mereka telah menggariskan dasar untuk kembali berkuasa menjadi kerajaan, malangnya ianya gagal diterjemah melalui konsep dan luhur demokrasi. Sepanjang BN memerintah 60 tahun lalu tidak pernah sekalipun pembangkang merampas kerajaan di pertengahan mandat. Jika perebutan ini berteraskan wakil rakyat dengan permainan angka, maka keadaan ketidaktentuan sekarang bukanlah situasi yang mengejutkan.
Sejak tumbangnya kerajaan demokrasi pada mac lalu suhu politik semakin tinggi dan panas yang pasti amat melelahkan rakyat, tampaknya kini matlamat telah menghalalkan cara dengan objektif untuk berkuasa buat parti dan pemimpin politik yang berlawan.
Lahirnya kerajaan PN bukanlah diyakini 100% mengikut selera rakyat tetapi jelas akibat tindakan wakil mereka yang mempunyai agenda peribadi yang nyata. Mungkin terdapat hikmah Keadaan ini berlaku, agar rakyat lebih mengenali pemimpin yang mereka undi, begitu juga dalam kalangan pemimpin, mereka lebih kenal mana musuh yang zahir dan yang mana rakan seperjuangan. Apapun keadaan yang melanda ketika ini, kesannya adalah terhadap rakyat dan negara tercinta.
**Kejatuhan Kerajaan PH**
Pelbagai alasan dijadikan modal oleh MN dan PN demi menghalalkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan lalu, dan yang paling diketahui umum adalah kegagalan 2 tokoh politik berpengaruh, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengawal kumpulan mereka dalam isu penetapan transisi peralihan kuasa seperti yang diperkata sebelum PRU14 lagi. Akibatnya, kekecewaan diterjemahkan oleh sebilangan pemimpin kanan parti politik PH yang mengkhianati undi yang dipilih, pantas menubuhkan kerajaan pengganti.
Oleh sebab itu, Apapun isu antara mereka berdua, biarlah dirunding dengan bijaksana antara mereka berdua, tidak perlu penyokong mengeruhkan lagi keadaan hingga gagal memacu kepaduan akhirnya diibaratkan seperti “kaca terhempas ke batu”. Pastinya ini akan merencatkan usaha PH untuk kembali berkuasa.
Jika rundingan antara mereka berdua menemui jalan buntu, maka ketika itu, pendukung parti boleh membawa hala-tuju sendiri dalam memacu matlamat parti, tetapi senangkah kita, jika kegagalan rundingan tersebut kesan daripada tindakan provokasi melampau yang lahir daripada kerenah kita sendiri yang gagal memahami “realpolitik” semasa.
**Gandingan Seteru Yang Sentiasa Terpaut.**
Dari kota bharu menuju sg siput,
Singgah sebentar di tepi laut,
Dua hati kukuh disambung,
Persahabatan kuat memaut.
Apakah kita sanggup untuk terus bergelar pembangkang tanpa usaha yang signifikan dan padu? Apakah kita sanggup dengan gelaran pembangkang Walaupun sebelum ini telah bergelar kerajaan?
Kerana itu, Jangan dinafikan tentang kelebihan kedua tokoh ini apabila mereka bergandingan. Jangan angkuh tanpa memahami realpolitik. Sudah tentu ini juga merupakan igauan dan mimpi buruk kepada kerajaan tebuk atap dalam menyedari impak Sekiranya kedua tokoh ini kembali menjalinkan kerjasama politik. Kenapa kita pula Yang mahu musnahkan konsensus, sedangkan tiada kenyataan rasmi daripada mereka menunjukkan hasil rundingan.
Sekiranya rundingan antara mereka berjalan lancar dan didukung ahli Ini juga merupakan isyarat awal kepada kerajaan PN untuk beredar daripada putrajaya, dan agenda kembali mentadbir tercapai. Tetapi bagaimana jika gagal? Mampukah PH atau Pro Tun menangi pilihanraya umum akan datang? Apakah kita juga telah mengangkat bendera putih? Jangan sampai seperti kata pepatah “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”, alamatnya kitalah manusia yang paling rugi.
**Hormati Keputusan Pimpinan**
Walaupun ramai antara kita telah lahir sejak zaman reformasi 1998 akibat kebobrokan situasi ketika itu, dan hidup dalam ruang likup dan pemahaman demokrasi asas kepada hak bersuara, Jangan pula meninggi suara dan mendabik dada apabila keputusan pimpinan tidak mengikut selera hati.
Tentunya konsensus daripada mereka amatlah diharap dan dinantikan. Tetapi Jika rundingan ini gagal sekalipun ia berbaloi kerana kita telah berusaha sedaya mungkin. Walaupun terpaksa kembali kepada status quo.
Meminjam kata DSAI, lawan tetap lawan. Lawan sampai menang. Begitupun fitrah manusia, tiada siapa yang mempunyai perancangan untuk gagal.